KEPERLUAN SURAU
|
Keperluan Sebuah Surau Kekal di Taman Tun Perak
1. Mendirikan tempat ibadat adalah suatu perkara yang amat penting dan pertama sekali diwujudkan apabila sahaja sebuah masyarakat Islam mula bertapak disesuatu kawasan. Ini sepertimana yang ditunjukan oleh sunnah Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda berhijrah dari Mekkah ke Madinah.
2. Keperluan sebuah surau yang kekal amat diperlukan di taman ini kerana;
i. Surau sementara ini sebenarnya merupakan sebuah rumah kediaman yang disewa untuk sementara waktu bagi menghidupkan dan memulakan aktiviti kemasyarakatan dan mendirikan Solat Berjemaah di taman ini. Ini adalah kerana taman ini merupakan sebuah taman yang baru diwujudkan.
ii. Pemaju perumahan hanya menyediakan tanah untuk dibangunkan surau. Penduduk Islam di taman ini terpaksa mengadakan inisiatif sendiri untuk mendirikan sebuah surau. Pada mulanya penduduk Islam di taman ini terpaksa menumpang di surau berdekatan untuk solat berjemaah.
iii. Kos untuk menampung dan menyelenggarakan surau sementara ini adalah tinggi iaitu sekitar RM 700.00 sebulan. Walaupun penduduk Islam di taman ini membiayai kos bulanan tersebut, namun kutipan bulanan kadang-kala tidak dapat menanggung sewaan bulanan.
iv. Surau sementara ini hanya mampu menampung kira-kira 40 jemaah pada satu-satu waktu. Apabila sesuatu aktiviti dijalankan (ceramah agama, solat hajat, kuliah maghrib dan lain-lain lagi) atau satu-satu perayaan Islam diadakan (Solat Tarawih, Maal Hijrah dan lain-lain lagi) maka surau ini menjadi amat sesak dengan jemaah yang begitu ramai.
v. Lokasi surau sementara ini tidak sesuai kerana ianya berada dibarisan rumah penduduk taman. Penduduk taman ini juga merangkumi mereka yang beragama Kristian dan Buddha. Toleransi serta perpaduan antara kaum dan agama amat penting didalam sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.
vi. Selain berfungsi sebagai rumah ibadat, surau ini juga berperanan sebagai sebuah dewan masyarakat Islam bermuzakarah tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Oleh itu sebuah surau yang lebih besar amat diperlukan untuk menampung bilangan masyarakat Islam yang ramai.